fb fb fb fb fb

Operasi Yayasan Kemanusiaan Gaza digantung

Foto Reuters

GAZA, 8 Jun – Yayasan Kemanusiaan Gaza, sebuah pertubuhan bantuan yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan Israel, mengumumkan penggantungan operasinya pada Sabtu susulan "ancaman langsung" daripada kumpulan Hamas, menurut satu kenyataan rasmi.

Sebelum itu, yayasan berkenaan menyatakan bahawa dua pusat bantuan dijadualkan dibuka di Rafah pada petang Ahad.

Namun begitu, kenyataan tersebut telah dipadam daripada halaman Facebook rasminya.

Sejak yayasan itu mula beroperasi di selatan Gaza pada 27 Mei, serangan udara Israel yang berlaku berhampiran lokasi pengagihan bantuan telah meragut nyawa 110 penduduk Palestin dan mencederakan 583 yang lain, menurut statistik yang dikeluarkan Pejabat Media Gaza yang dikendalikan Hamas pada Jumaat.

Inisiatif bantuan baharu itu yang dikendalikan AS dengan sokongan Israel, sebelum ini dikritik oleh jurucakap utama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric, yang menyifatkannya sebagai "resipi untuk bencana" dalam satu kenyataan Selasa lalu.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN