fb fb fb fb fb

Operasi ketenteraan Rusia di Ukraine cetuskan pelbagai krisis kesihatan - WHO

(FOTO AFP)

GENEVA, 10 Mac - Operasi ketenteraan besar-besaran Rusia di Ukraine telah mencetuskan pelbagai krisis kesihatan di negara itu.

Sekurang-kurangnya 18 serangan menyasarkan kemudahan kesihatan, ambulans dan petugas kesihatan.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, setakat ini 10 nyawa terkorban dan 16 mangsa cedera.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan pula memaklumkan, serangan Moscow dalam tempoh 2 minggu lalu telah mendorong hampir 2.2 juta penduduk Ukraine meninggalkan negara itu.

Kira-kira 1,000 kemudahan kesihatan, termasuk hospital dan klinik kesihatan, terletak dalam jarak 10 kilometer dari zon pertempuran.

(Seorang kanak-kanak Ukraine berada di dalam kediamannya yang musnah akibat serangan Rusia/UNICEF)

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) Catherine Russell memaklumkan lebih satu juta kanak-kanak telah melarikan diri dari Ukraine ke negara jiran dalam tempoh kurang dua minggu sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan.

Katanya dalam tempoh itu, sekurang-kurangnya 37 kanak-kanak terbunuh manakala 50 lagi cedera. - AFP

Media Baharu