fb fb fb fb fb

Netanyahu sakit hernia, jalani pembedahan

Benjamin Netanyahu/Reuters

BAITULMAQDIS, 1 April- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu disahkan menghidap penyakit hernia dan memerlukan pembedahan.

Menurut pejabatnya, Netanyahu, 74, disahkan menghidap penyakit itu semasa pemeriksaan rutin pada Sabtu lalu dan dijadualkan menjalani pembedahan semalam.

Ia turut memaklumkan, Netanyahu menjalani pembedahan dengan bius sepenuhnya selepas kurang setahun dia dipasang perentak jantung (pacemaker).

Pembedahan itu berlaku di tengah-tengah rundingan baharu antara Israel dan Hamas di Kaherah, Mesir. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA