fb fb fb fb fb

Kebakaran: Dua maut di Cape Town, ribuan hilang tempat tinggal

Kebakaran di lereng gunung di Devil's Peak di Cape Town pada Sabtu lalu/Arrive Alive

JOHANNESBURG, 1 April- Dua orang maut dan hampir 2,000 yang lain kehilangan tempat tinggal apabila kebakaran melanda ratusan pondok dalam tiga kejadian berasingan di Cape Town, Afrika Selatan.

Menurut perkhidmatan kecemasan negara, dua kebakaran berlaku pada Sabtu lalu dan satu kejadian semalam.

“Seorang lelaki dan wanita mengalami luka melecur, diisytiharkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di salah sebuah penempatan tidak rasmi," kata jurucakap Bomba dan Penyelamat Cape Town, Jermaine Carelse dalam satu kenyataan.

Carelse berkata, kebakaran terbesar berlaku sekitar pukul 2.30 pagi semalam membabitkan lebih 150 pondok yang menyebabkan lebih 1,000 orang kehilangan tempat tinggal di penempatan Mfuleni.

"Punca kebakaran sedang disiasat," tambahnya.

Kebakaran pondok adalah perkara biasa di Afrika Selatan dan merupakan ancaman berterusan kepada penduduk miskin di penempatan tidak formal yang meluas berhampiran bandar-bandar utama di seluruh negara. -AFP

SITI AISHAH MD ISA