fb fb fb fb fb

Kepala babi ditemui di luar masjid Perancis

Gambar fail: Kepala babi yang ditemui di hadapan masjid kertas siasatan dibuka

STRASBOURG, 1 April - Kepala seekor babi ditemui berhampiran sebuah masjid di kawasan Contrexeville wilayah Vosges pada Jumaat lalu.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin turut menyelar tindakan yang tidak boleh diterima terhadap komuniti umat Islam di negara itu.

Pendakwa raya berkata siasatan sedang dilakukan terhadap pelaku yang menghasut dan menanam kebencian kaum yang melampau.

Darmanin turut mendedahkan bahawa dua lagi masjid di utara Perancis turut dihina dengan kejadian yang sama.

“Pada hujung minggu, masjid-masjid di Valenciennes dan Fresnes-sur-Escaut telah dihinakan sedemikian rupa. Sebuah masjid di Vosges turut menjadi sasaran. Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak boleh diterima ini terhadap rakan-rakan senegara kita yang beragama Islam,” katanya melalui hantaran di X.

Insiden bersiri itu dilakukan semasa bulan Ramadan, ketika umat Islam sedang giat menjalani ibadah puasa dan mengerjakan solat. - AFP

 

GRACE AISYAH KEDAYAN