BAITULMAQDIS, 1 Disember -Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memohon pengampunan berhubung perbicaraannya atas tuduhan rasuah.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebelum ini menulis kepada Presiden Israel, Isaac Herzog awal bulan ini meminta agar Netanyahu diberi pengampunan.
Netanyahu berulang kali menafikan sebarang salah laku dalam perbicaraan tersebut.
"Perbicaraan terhadap saya telah berlangsung hampir enam tahun dan dijangka berterusan beberapa tahun lagi," kata Netanyahu dalam kenyataan video, tanpa mengaku bersalah.
"Perbicaraan yang berterusan ini membelah kami dari dalam, menimbulkan perpecahan yang hebat dan memedihkan hubungan," katanya.
Netanyahu dan isterinya, Sara, dituduh dalam satu kes menerima barangan mewah bernilai lebih $260,000, termasuk cerut, barang kemas, dan wain champagne daripada jutawan sebagai pertukaran untuk kepentingan politik.
Beliau juga dituduh cuba merundingkan liputan media yang lebih menguntungkan daripada dua saluran media Israel dalam dua kes lain. - AFP