fb fb fb fb fb

Nelayan Indonesia selamatkan warga Rohingya di Aceh Barat

Foto Fail: Pelarian Rohingya diselamatkan nelayan berhampiran pantai Seunuddon di Aceh Utara, Indonesia, pada 24 Jun 2020/ REUTERS

JAKARTA, 20 Mac- Puluhan warga Rohingya diselamatkan nelayan tempatan selepas air pasang besar menenggelamkan bot mereka di perairan wilayah Aceh, menjadikan mereka ketibaan terbaru di negara Asia Tenggara itu.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan kira-kira 2,000 Rohingya telah tiba sejak Oktober lalu, antara kumpulan minoriti agama yang teraniaya di Myanmar yang melarikan diri ke Indonesia sejak setahun lalu, kebanyakannya ke Aceh.

Ketua komuniti nelayan di wilayah itu, Miftach Tjut Adek berkata lebih 50 warga Rohingya berdiri di atas kapal berhampiran bandar Meulaboh di Aceh Barat selepas bot itu karam ketika air pasang

"Kami, sebagai nelayan, bertanggungjawab untuk membantu mereka," katanya kepada Reuters, sambil menambah bahawa penyelamat menghadapi cuaca buruk untuk mengeluarkan mereka dari struktur bot karam.

Tidak dapat ditentukan berapa ramai warga Rohingya berada di perairan itu atau ke mana mereka hendak tuju.

Kerajaan wilayah Aceh Barat dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian tidak segera menjawab apabila diminta untuk mengulas.

Selama bertahun-tahun, warga Rohingya telah meninggalkan Myanmar yang majoritinya beragama Buddha di mana mereka secara umumnya dianggap sebagai penceroboh asing dari Asia Selatan, dinafikan kewarganegaraan, dan didera.

Mereka menaiki bot kayu setiap tahun, apabila laut lebih tenang antara November dan April, untuk ke negara jiran seperti Thailand, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Tahun lalu, sekurang- kurangnya 569 Rohingya dilaporkan maut atau hilang ketika cuba melarikan diri dari Myanmar atau Bangladesh, angka tertinggi sejak 2014, kata pejabat UNHCR pada Januari.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI