fb fb fb fb fb

Negara Islam kecam serangan di Gaza

(Bangunan yang terjejas selepas diserang Israel/FOTO REUTERS)

GAZA, 8 Ogos - Pakistan dan negara Islam lain mengecam tindakan Israel menyerang Gaza dan menyerbu kompleks Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur.

Tindakan provokatif itu secara terang-terangan telah melanggar kesucian Kiblat-e-Awal (kiblat pertama) dan menjejaskan sentimen umat Islam di seluruh dunia. 

Menurut Kementerian Luar Pakistan, insiden berkenaan jelas melanggar undang-undang antarabangsa, menjejaskan norma dan amalan antarabangsa. 

Malah, Pakistan dengan tegas mahu sebarang percubaan mengubah sejarah dan undang-undang Masjid Al Aqsa mesti dihentikan.

Kecaman sama turut dibuat Qatar, Jordan, Kuwait, Turkiye dan Arab Saudi.

(Tanah perkuburan empat remaja keluarga Najim yang terbunuh ketika pertempuran gencatan senjata Israel-Gaza/FOTO REUTERS)

Menyeru masyarakat antarabangsa mengutuk serangan tersebut, provokasi rejim di Gaza hanya akan akan meningkatkan ketegangan dan gelombang keganasan.

Dalam kenyataan lain, Qatar dan Turkiye mengulangi gesaan kepada Israel agar tidak membenarkan tindakan keganasan berterusan dan mendesak pencerobohan dihentikan.

Sementara itu, Jordan pula telah mengadakan perbincangan dengan Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Proses Keamanan Timur Tengah mengenai usaha menghentikan pencerobohan Israel di Gaza. - REUTERS

Media Baharu