AHMEDABAD, 12 Jun - Sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dalam nahas melibatkan sebuah pesawat Air India dalam perjalanan ke London yang membawa 242 penumpang.
Menurut polis, pesawat dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Gatwick itu terhempas di kawasan perumahan berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad, barat India.
"Bangunan di mana ia telah terhempas adalah asrama sebuah kolej perubatan, kami telah membersihkan hampir 70% hingga 80% daripada kawasan itu dan akan membersihkan selebihnya tidak lama lagi," kata pegawai kanan polis itu kepada pemberita.
Sementara itu, Saluran TV CNN News-18 India melaporkan, pesawat itu terhempas di ruangan atas asrama Kolej Perubatan B.J. yang dikendalikan kerajaan. Ramai pelajar perubatan dilaporkan terkorban, mankala lebih ramai lagi terperangkap.
Penumpang pesawat itu termasuk 217 dewasa, 11 kanak-kanak dan dua bayi yang mana 169 adalah warga India, 53 warga Britain, tujuh Portugis, dan seorang Kanada.
Ketika ini pasukan penyelamat sedang berusaha memadamkan kebakaran di lokasi pesawat itu terhempas. -REUTERS