fb fb fb fb fb

Nadal beri bayangan bersara tahun depan

(Rafael Nadal/AFP)

BARCELONA, 19 September- Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal memberi bayangan akan menamatkan kariernya tahun depan, sambil mengakui beliau telah menjalani dua pembedahan pinggul.

"Mungkin 2024 adalah tahun terakhir saya, tetapi saya masih tidak pasti 100 peratus kerana tidak tahu apa yang boleh terjadi," katanya kepada Movistar.

Mei lalu, pemain berusia 37 tahun itu mengumumkan kecederaan punggul semasa aksi Terbuka Australia pada Januari lepas.

Bagaimanapun, Nadal, pemenang Grand Slam sebanyak 22 kali pada Isnin lalu mengumumkan akan kembali beraksi dengan turun ke gelanggang tanah liat di Rolad Garros bagi Terbuka Perancis.

"Harapan saya bukan untuk kembali menjuarai Roland Garros atau menang di Australia, (saya nyatakan ini) supaya orang ramai tidak keliru, (kerana) semua itu masih jauh.

“Saya amat menyedari kesukaran yang saya hadapi. Pertama adalah soal usia dan kedua, masalah fizikal.

"(Namun), apa yang membuat saya semangat adalah keinginan untuk beraksi kembali (dan) bersaing," katanya.

Nadal menjalani dua pembedahan pada kecederaan pinggulnya, salah satu daripadanya diumumkan beliau secara terbuka pada Jun yang mengambil masa kira-kira lima bulan untuk sembuh. -AFP

(Rafael Nadal/AFP)

Media Baharu