fb fb fb fb fb

Muslihat agih makanan jadi senjata bunuh penduduk Gaza

Sekurang-kurangnya 516 orang terbunuh dan 3,800 cedera akibat serangan Israel ketika mendapatkan catuan makanan sejak akhir Mei./AFP

GAZA, 25 Jun - Rejim Israel didakwa menjadi sistem agihan makanan di Gaza sebagai satu lagi tindakan jenayah strategik rejim meneruskan genosid.

Ia rentetan insiden pembunuhan ratusan rakyat Palestin ketika sedang menunggu bantuan di pusat agihan dikendalikan kumpulan bantuan swasta, Gaza Humanitarian Foundation (GHF).

Kumpulan yang disokong Amerika Syarikat dan Israel itu mengambil aih dan menggantikan tugas yang sebelum ini dipikul agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Trend pembunuhan ketika menunggu bantuan itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa selain didakwa satu lagi kesinambungan dasar pemusnahan oleh rejim pencerobohan Israel di bumi Gaza.

Agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan sistem itu sebagai sesuatu yang 'menjijikkan' manakala jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB, Thameen Al-Kheetan, mengecam muslihat menjadikan makanan sebagai senjata di Gaza.

Menurut angka dikeluarkan Kementerian Kesihatan di Gaza, sekurang-kurangnya 516 orang terbunuh dan hampir 3,800 cedera akibat serangan Israel ketika mendapatkan catuan makanan sejak akhir Mei.

Perkembangan tersebut menyaksikan agensi PBB dan kumpulan bantuan utama enggan bekerjasama dengan GHF atas kebimbangan menjadi 'alat' untuk memenuhi matlamat ketenteraan Israel.

Sementara itu, GHF dalam saru kenyataan menegaskan, agihan bantuan disalur secara berskala, selamat dan berkesan namun mengakui tidak dapat memenuhi skala penuh keperluan sementara penduduk berikutan sekatan berterusan di sebahagian besar wilayah itu.

GHF juga menafikan bertanggungjawab atas kematian yang berlaku berhampiran tempat agihan bantuannya. - AFP

KHAIRUL AMRI BIN YASIN