fb fb fb fb fb

Musim hujan di barat jepun tamat paling awal dalam sejarah

File photo/AFP

TOKYO, 27 Jun - Musim hujan di kawasan barat Jepun telah berakhir pada tarikh paling awal dalam sejarah rekod.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) dalam kenyataan berkata, pengesahan itu dibuat ketika dunia berdepan dengan ketidaktentuan corak cuaca yang semakin ketara akibat perubahan iklim global.

"Musim itu berakhir kira-kira tiga minggu lebih awal. Dan kebiasaannya musim hujan di Jepun berlaku dari bulan Jun hingga Jula idi kawasan meliputi Kyoto hingga ke pulau selatan Kyushu," menurut kenyataan itu.

Tahun lalu, Jepun mencatatkan musim panas paling panas dalam sejarah, sejajar dengan peningkatan suhu global yang didorong oleh perubahan iklim.

Pada masa sama, musim sejuk yang semakin kering turut meningkatkan risiko kebakaran hutan.

Satu kebakaran besar yang berlaku di bandar Ofunato pada awal Mac lalu menjadi yang terburuk di Jepun dalam tempoh lebih 50 tahun. - AFP

TETITIA YUSOFF