GUADALAJARA, MEXICO, 27 Jun - Kira-kira 34 mayat ditemukan dalam satu kubur besar di Zapopan, Jalisco yang terkenal dengan kegiatan jenayah.
Menurut Pendakwa Raya Negeri, Salvador Gonzalez, penemuan itu berlaku semasa kerja-kerja pembinaan di kawasan berkenaan yang menjadi kubu kuat kartel dadah paling berkuasa di negara itu.
"Pasukan forensik menggunakan radar penembus tanah dan anjing pengesan mayat selepas penemuan awal pada Februari lalu," katanya dalam sidang media.
Kartel dadah di Mexico dipercayai menanam atau membakar mayat mangsa untuk menghapuskan bukti.
Jalisco merupakan antara negeri paling terkesan dengan krisis kehilangan orang.
Sehingga setakat ini lebih 127,000 individu dilaporkan hilang.
Sejak tahun 2006, keganasan jenayah telah meragut kira-kira 480,000 nyawa di seluruh Mexico.
Puluhan kubur besar turut ditemui di beberapa lokasi lain termasuk di Bartolina, Tamaulipas dengan 500 kilogram sisa mayat digali antara 2017 hingga 2021. - AFP