fb fb fb fb fb

Montenegro ekstradisi Do Kwon ke AS

Foto AFP

BELGRADE, 28 Disember – Montenegro mengesahkan akan mengekstradisi pakar mata wang kripto Korea Selatan, Do Kwon, ke Amerika Syarikat (AS).

Beliau juga dikehendaki di Seoul berhubung kebankrapan syarikatnya, Terraform Labs, yang menyebabkan kerugian berbilion dolar.

Peguam Kwon membantah keputusan tersebut, mendakwa ia melanggar konvensyen Eropah mengenai ekstradisi, dan akan merayu kepada mahkamah perlembagaan serta Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.

Kwon, yang ditahan pada Mac 2023 di Podgorica ketika cuba menaiki penerbangan ke Dubai dengan pasport palsu, melarikan diri selepas Terraform Labs muflis pada 2022.

Mahkamah Perlembagaan Montenegro menyatakan proses perundangan menjamin hak Kwon untuk perbicaraan adil dan beliau sendiri bersetuju dengan ekstradisi ke AS dan Korea Selatan.

Terraform Labs mencipta stablecoin TerraUSD dan token Luna, yang mengalami kejatuhan drastik pada Mei 2022, menyebabkan kerugian kira-kira AS$40 bilion.

Pakar mendakwa skim Ponzi yang diatur Kwon mengakibatkan ramai pelabur kehilangan simpanan mereka.

Keputusan tersebut menarik perhatian terhadap industri kripto yang sebelum ini digegarkan oleh kejatuhan berprofil tinggi, termasuk bursa FTX.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN