fb fb fb fb fb

Mod Kelulusan Pantas Kastam mula dilaksana bagiperkhidmatan tren kargo antarabangsa China-Laos

BEIJING, 4 Mei -Kereta api kargo antarabangsa China-Laos yang membawa 500 tan kanji ubi kayu dalam 25 kontena berlepas dari Pelabuhan Mohan di provinsi Yunnan menuju provinsi Sichuan pada Selasa.

Perkhidmatan kereta api bawah penyeliaan Kastam Kunming itu menjadi kereta api kargo antarabangsa China-Laos pertama menggunakan ‘mod kelulusan pantas’ kastam.

Sejak dilancarkan pada 3 Disember 2021, Kastam Kunming telah menyelia dan meluluskan 882 kereta api kargo dengan jumlah muatan sebanyak 461,500 tan, bernilai RMB5.04 bilion (RM3.31 bilion).

FOTO BERNAMA

‘Mod kelulusan pantas’ kereta api ialah mod penyeliaan baharu yang dilancarkan Pentadbiran Am Kastam China untuk meningkatkan kecekapan serta kemudahan transit barangan import dan eksport melalui kereta api dalam negara.

Bagi barangan yang tidak perlu dikuarantin di pelabuhan dan tidak terhad kepada perniagaan transit, pengusaha kereta api yang berkelayakan boleh memohon menggunakan mod itu.

Pegawai Kastam Kunming, Gao Jing berkata dengan adanya mod itu, pihak kastam, syarikat pengendali dan jabatan kereta api boleh meningkatkan kecekapan pelepasan kastam, dan mengurangkan kos operasi di samping menjalankan penyeliaan terhadap kereta api China-Laos dengan perkongsian data logistik dan sistem gelembung perjalanan.

Media Baharu