BANDARAYA MEXICO, 29 Mei- Pihak berkuasa kesihatan Mexico semalam mengesahkan kes import pertama cacar monyet, lapor Xinhua.
"Kes itu melibatkan individu berusia 50 tahun, penduduk tetap di New York City yang mungkin dijangkiti virus itu di Belanda.
(Kesan pada tapak tangan pesakit cacar monyet)
"Dia dalam keadaan stabil dan kini menjalani pengasingan," kata Timbalan Setiausaha Pencegahan dan Promosi Kesihatan, Hugo Lopez-Gatell.