fb fb fb fb fb

Menteri Luar ASEAN ingatkan ketegangan di Taiwan cetus “konflik terbuka”

(FOTO AFP)

PHNOM PENH, 4 Ogos- Menteri-Menteri Luar Asia Tenggara menggesa setiap negara mengelak daripada melakukan provokasi ketika China bersedia untuk mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran berhampiran Taiwan, memberi amaran keadaan itu boleh mencetuskan "konflik terbuka".

Kemarahan China susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan menyebabkan Beijing merancang untuk mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran sekitar Taiwan yang dianggap sebahagian wilayahnya.

Menteri dari 10 negara anggota ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara) yang mengadakan pertemuan di Pnhom Penh memberi amaran supaya tidak melakukan sebarang “tindakan provokatif”.

Situasi itu “boleh membawa kepada salah perhitungan, konfrantasi serius, konflik terbuka dan kesan yang sukar diramal dalam kalangan kuasa besar,” kata kenyataan bersama Menteri-Mentri Luar yang dikeluarkan pada Khamis.

Beijing menganggap Taiwan sebahagian wilayahnya, telah mengingatkan untuk merampas semula pulau itu jika perlu; marah dengan tindakan Pelosi – pegawai tertinggi AS  yang dipilih untuk mengadakan lawatan ke Taiwan, selepas kali terakhir delegasi AS ke negara pulau, 25 tahun lalu.

Susulan itu Beijing dengan tegas berikrar akan “menghukum” dan mengumumkan latihan ketenteraan, termasuk latihan tembakan yang dijangka bermula pada 0400 GMT di beberapa kawasan mengelilingi Taiwan.


(Menteri-Menteri Luar negara anggota ASEAN termasuk dari Malaysia, Datuk Seri Saifuddin
Abdullah (kiri), Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Brunei
dan Laos ketika Majlis Perasmian AMM ke-155 di Phnom Penh/AFP)

Ketua dasar luar EU, Josep Borrell yang berada di Phnom Penh untuk menghadiri mesyuarat bersama ASEAN sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM ke-55) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan, mengutuk tindak balas China itu.

“Tiada justifikasi menggunakan alasan lawatan (Pelosi) untuk membenarkan aktiviti ketenteraan lebih agresif di Selat Taiwan. Ia perkara biasa dan rutin bagi ahli politik dari negara kami untuk berkunjung ke negara luar," tulisnya menerusi Twitter.

Kung Phoak, Timbalan Menteri Luar Kemboja selaku jurucakap ASEAN pual menggesa kedua-dua pihak berusaha menstabilkan keadaan.

“Kami berharap situasi diredakan dan situasi kembali normal di Selat Taiwan,” katanya kepada pemberita.

Kalangan negara anggota ASEAN, tidak semua mempunyai hubungan rapat dengan China seperti Myanmar, Kemboja dan Laos manakala negara lain mengambil langkah berhati-hati terhadap Beijing.

Namun, tiada negara ASEAN secara rasmi mengiktiraf Taiwan juga tidak ada yang menyokong Taipei untuk menentang keinginan China. -AFP

Media Baharu