fb fb fb fb fb

Menteri Kewangan Indonesia terus jalankan tugas

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati berucap semasa pelancaran dana pandemik, menjelang Sidang Kemuncak G20 di Nusa Dua, Bali, Indonesia, 13 November 2022/ REUTERS

JAKARTA, 19 Januari- Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati terus menjalankan tugasnya dalam menguruskan kewangan negara ketika dilaporkan beliau mungkin meletakkan jawatan dalam kabinet menjelang pilihan raya presiden pada14 Februari depan.

Terdapat spekulasi bahawa Sri Mulyani adalah salah seorang daripada beberapa menteri yang mungkin meletak jawatan di tengah-tengah rasa tidak puas hati terhadap gerakan politik Presiden Joko Widodo yang akan keluar untuk mengekalkan pengaruh selepas beliau meninggalkan jawatan pada Oktober.

“Menteri, Sri Mulyani terus menjalankan tugasnya dalam menguruskan kewangan negara secara profesional dan bertanggungjawab mengikut tadbir urus dan peraturan yang baik.

"Sekembalinya dari Davos, hari ini dia menghadiri tiga mesyuarat dalaman dengan presiden dan kabinet di istana," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Semalam, pejabat presiden berkata kabinet kekal "teguh"- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI