fb fb fb fb fb

Houthi janji laluan selamat untuk kapal-kapal Rusia, China

Foto Fail Reuters

MOSCOW, 19 Januari - Houthi menjanjikan laluan selamat untuk kapal Rusia dan China melalui Laut Merah, tempat kumpulan pemberontak Yaman yang disokong Iran melakukan serangan ke atas kapal komersial sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza.

Dalam temu bual yang diterbitkan oleh outlet Rusia Izvestia pada Jumaat, seorang pegawai kanan Houthi, Mohammed al-Bukhaiti menegaskan perairan di sekitar Yaman yang dielak untuk dilalui oleh beberapa firma perkapalan adalah selamat selagi kapal tidak dikaitkan dengan negara tertentu, terutamanya Israel.

"Bagi semua negara lain, termasuk Rusia dan China, perkapalan mereka di rantau ini tidak terancam. Selain itu, kami bersedia untuk memastikan laluan selamat kapal mereka di Laut Merah, kerana pelayaran memainkan peranan penting untuk negara kita," katanya.

Serangan ke atas kapal "dalam apa jua cara berkaitan dengan Israel" akan berterusan, tambahnya.

Pada temu bual itu juga, Bukhaiti berkata kesalahan bagi serangan perkapalan terletak pada kapal yang tidak mengendahkan arahan Huthi untuk mengubah haluan.

“Matlamat kami bukan untuk menangkap atau meneggelamkan kapal-kapal itu. Matlamat kami adalah untuk menaikkan kos ekonomi negara Yahudi untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza," kata Bukhaiti.

Bukhaiti mempertahankan kumpulannya pada November ke atas Galaxy Leader, sebuah kapal dagang yang dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan Israel sebagai "langkah berjaga-jaga untuk orang lain mengikut kehendak kami."

Walaupun Houthi menegaskan bahawa serangan mereka hanya menyasarkan kapal dari negara tertentu, seorang komander Tentera Laut AS berkata kapal terbabit sebenarnya mempunyai kaitan dengan berpuluh negara.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN