fb fb fb fb fb

Menteri Kesihatan Poland dipecat

(Menteri kesihatan Poland Adam Niedzielski)

WARSAW, 9 Ogos- Menteri kesihatan Poland Adam Niedzielski telah dipecat, selepas mencetuskan kemarahan dengan mendedahkan maklumat sensitif mengenai seorang doktor.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki pada Selasa.

"Ini adalah tempoh kempen pilihan raya, dan tempoh kempen pilihan raya adalah masa tertentu apabila kita mesti peka terhadap sebarang kesilapan," kata Morawiecki pada sidang akhbar.

Minggu lalu, penyiar swasta Poland menyiarkan rakaman pesakit di bandar Poznan yang tidak dapat menerima ubat penahan sakit kerana peraturan preskripsi baharu.

Seorang doktor mengulas keadaan itu berkata beliau tidak dapat memberikan ubat yang diperlukan.

Niedzielski kemudiannya menerbitkan data peribadi doktor itu di media sosial, bersama dengan dakwaan bahawa beliau telah menetapkan ubat larangan itu atas namanya sendiri.

Doktor itu kemudian mengeluarkan notis undang-undang pada Isnin menuntut permohonan maaf dan pembayaran ganti rugi sebanyak 100,000 zloty (AS$24,60) oleh Niedzielski, lapor media tempatan.

Susulan kejadian itu, Dewan Perubatan Tertinggi Poland memberitahu perdana menteri bahawa doktor telah hilang keyakinan terhadap Niedzielski dan juga memaklumkan pendakwa raya bahawa dia mungkin telah melakukan jenayah.

Niedzileski akan digantikan oleh Katarzyna Sojka, ahli parlimen dan juga merupakan seorang doktor .-REUTERS


(Menteri kesihatan Poland Adam Niedzielski)

Media Baharu