TOKYO, 25 Oktober - Menteri Ekonomi Jepun, Daishiro Yamagiwa umum perletakan jawatan selepas terbabit dengan isu kontroversi melibatkan hubungannya dengan Gereja Penyatuan yang mana turut terkait dengan pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memaklumkan pengganti Yamagiwa akan diumumkan hari ini.
Yamagiwa sejak beberapa hari lalu berdepan pelbagai kritikan selepas tidak dapat memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu.
Skandal itu mendedahkan gereja itu mempunyai hubungan berdekad lamanya dengan Abe melalui parti yang diterajuinya iaitu Parti Liberal Demokratik.
Sokongan terhadap parti itu turut dilaporkan merosot dan diburukkan lagi dengan pengebumian Abe yang menelan kos tinggi.
Gereja yang wujud sejak 1980 itu dikatakan bertanggungjawab dengan merekrut dan menghasut orang ramai bagi melakukan pemindahan dana secara besar-besaran.-AFP