fb fb fb fb fb

Masjid Turki di Gaza musnah dibom Israel

Masjid Onbasi Hasan di Gaza/Reuters

GAZA, 1 Disember- Sebuah masjid dibina oleh Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) di Gaza menjadi antara lebih 50 masjid yang menjadi sasaran bom serangan udara Israel.

Video dramatik yang dikeluarkan semalam mendedahkan kemusnahan Masjid Onbasi Hasan di kawasan Tal El-Hawa di utara Gaza.

Masjid Onbasi Hasan yang dibina pada 2017 kini bertukar menjadi timbunan runtuhan angkara zionis.

Serangan Israel bermula 7 Oktober lalu ke atas wilayah itu telah memusnahkan sepenuhnya sejumlah 59 masjid, manakala 136 lagi rosak sebahagian, menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza.

Sementara itu, lebih 15,000 penduduk Gaza termasuk 6,150 kanak-kanak dan 4,000 wanita menjadi korban pembunuhan beramai-ramai oleh zionis. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA