MADINAH, 20 Julai - Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi mengumumkan bahawa sebanyak 11,830 tan air Zamzam telah digunakan di Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446 Hijrah, meliputi tempoh dari 1 Zulkaedah hingga 29 Zulhijah.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), pihak berkuasa berkenaan melaksanakan usaha berterusan dan menyeluruh bagi memastikan keselesaan jemaah dengan mengangkut air Zamzam secara berterusan dan profesional dari Makkah ke Madinah sepanjang masa.
Usaha itu merupakan sebahagian daripada sistem bersepadu yang dikhususkan untuk penyediaan dan pengagihan air Zamzam berkualiti tinggi melalui pelbagai lokasi penyediaan air yang terletak di dalam dan pekarangan Masjid Nabawi.- BERNAMA-SPA