NYINGCHI, 20 Julai - China memulakan pembinaan sebuah empangan mega di sungai yang merentasi Tibet dan India dengan Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri majlis perasmian tersebut, menurut laporan media rasmi negara itu.
Projek tersebut telah diluluskan oleh Beijing pada Disember lalu di sungai yang dikenali sebagai Yarlung Tsangpo di Tibet dan Brahmaputra di India.
Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif negara itu untuk mencapai sasaran neutral karbon, di samping menyokong pertumbuhan ekonomi di wilayah Tibet.
Empangan tersebut dijangka mengatasi saiz empangan hidroelektrik terbesar 'Three Gorges Dam' di Sungai Yangtze, yang kini memegang rekod dunia. -AFP