BANDA ACEH, 23 Disember- Tugu peringatan dua buah kapal pengawal di pulau Sumatera, Indonesia sentiasa menjadi simbolik kepada peristiwa tsunami yang melanda kepulauan itu pada 26 Disember 2004.
Saudah 64 tahun, sama seperti kebanyakan rakyat Indonesia lain yang masih menantikan kepulangan orang tersayang hilang semasa peristiwa tsunami melanda negara republik itu 20 tahun lalu.
Muhammad Siddiq hanya berusia enam tahun ketika tsunami melanda. Tsunami itu dicetuskan gempa bumi berukuran 9.1 magnitud.
Tragedi berkenaan turut mengorbankan kira-kira 230,000 penduduk sekitar pesisir pantai termasuk lebih 10 negara lain termasuk India, Indonesia, Sri Lanka dan Thailand.
Ia menjadikan peristiwa itu sebagai salah satu bencana paling dahsyat dalam sejarah yang direkodkan berikutan lebih separuh yang maut berada di Aceh.
Kini peristiwan tragsi berkenaan masih segar dalam ingatan Saudah serta masih terbayang kejadian gempa bumi dan suasana mengerikan ketika kejadian berkenaan melanda kepulauan itu.
Ketika kejadian, Saudah memegang Siddiq dan mengarahkan tujuh lagi anak yang lain untuk menyelamatkan diri dengan berlindung ke masjid.
"Saya tidak lari sebaliknya hanya berbaring sambil memegang Siddiq seerat-eratnya. Saya fikir kejadian itu hanyalah angin kuat.
"Kemudian saya pulang ke rumah namun tiba-tiba saya melihat ombak besar mula membadai kediaman," katanya sayu.
Semasa kejadian, Siddiq terlepas daripada pegangan Saudah akibat ombak itu dan air deras. Siddiq dan seorang daripada anak perempuannya dihanyutkan dalam kejadian berkenaan.
Saudah hanya bertemu dengan enam anaknya yang lain di Masjid Raya Baiturrahman di Banda Acheh. Manakala seorang lagi anak perempuannya yang hilang dipercayai telah dikebumikan dalam kubur besar bersama-sama mangsa trunami yang terkorban.
"Kami terus mencarinya (Siddiq), dan saya sentiasa menyiarkan gambarnya di media sosial," kata anak lelaki Saudah, Femi Malisa, 42 tahun.
"Sekiranya adik masih hidup, saya harap dia (Siddiq) pulang ke rumah," katanya.
Kira-kira 500,000 penduduk Indonesia kehilangan tempat tinggal dalam bencana dahsyat itu.- REUTERS