fb fb fb fb fb

Maldives laksana larangan merokok generasi baharu mulai 1 November

Foto REUTERS

MALE, 1 November -Maldives mula melaksanakan larangan merokok bagi individu yang lahir selepas Januari 2007 pada Sabtu, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu.

Langkah itu diperkenalkan oleh Presiden Mohamed Muizzu awal tahun ini dan berkuat kuasa pada 1 November itu.

Ia menjadikannya satu-satunya negara di dunia yang memperkenalkan larangan tembakau secara generasi.

"Bawah peraturan baharu ini, individu yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2007 dilarang membeli, menggunakan atau dijual produk tembakau di Maldives," kata kenyataan itu.

Larangan tersebut meliputi semua bentuk tembakau dan semua peruncit diwajibkan untuk mengesahkan umur pembeli sebelum membuat jualan.

Peraturan itu turut terpakai kepada pelancong yang berkunjung ke negara kepulauan itu.

Kementerian Kesihatan Maldives turut mengekalkan larangan menyeluruh terhadap pengimportan, penjualan, pengedaran, pemilikan dan penggunaan rokok elektronik serta produk vape yang terpakai kepada semua individu tanpa mengira umur.

Menjual produk tembakau kepada individu bawah umur boleh dikenakan denda sebanyak 50,000 rufiyaa (kira-kira USD3,200), manakala penggunaan vape boleh didenda 5,000 rufiyaa (sekitar USD320). - AFP

TETITIA YUSOFF