fb fb fb fb fb

Majlis Keselamatan PBB adakan undian gesa gencatan senjata di Gaza

Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT, 4 Jun- Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dijangka akan mengadakan undian menggesa gencatan senjata tanpa had di Gaza. Ia merupakan undian pertama bagi 15 anggota agensi berkenaan.

Menurut AFP, resolusi baharu itu menuntut gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal di Gaza, selain meminta semua pihak agar menghormati hak rakyat Gaza.

Resolusi itu turut menyeru pembebasan segera dan tanpa syarat untuk semua tebusan yang dipegang Israel mahupun Hamas.

Ia juga menuntut supaya semua sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza ditarik balik.

Undian dijangka diadakan pukul 4 petang ini waktu tempatan. Namun beberapa diplomat memberitahu AFP bahawa perkara itu hanya sia-sia.

Mereka menjangkakan Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa vetonya untuk menarik semula resolusi tersebut. -AFP

SITI NOORAIN ABDULLAH