fb fb fb fb fb

Mahkamah Tinggi Pakistan dengar rayuan dikemuka Imran Khan

(Foto Fail: Imran Khan/ REUTERS)

ISLAMABAD, 9 Ogos- Mahkamah Tinggi Pakistan akan mendengar rayuan bekas Perdana Menteri, Imran Khan yang dipenjarakan hari ini terhadap sabitan tuduhan rasuah.

Khan dihalang daripada memegang mana-mana jawatan selama lima tahun selepas dia memulakan hukuman penjara tiga tahun pada Sabtu.

Imran Khan bersalah kerana menjual hadiah-hadiah negara secara tidak sah semasa tempoh pemerintahannya sebagai Perdana Menteri dari 2018 hingga 2022.

Mahkamah akan memulakan prosiding rayuan itu dan peguamnya, Naeem Panjutha berkata, "Imran Khan akan dibebaskan jika kesnya dibicarakan secara merit."

Khan, yang telah menafikan sebarang salah laku, telah ditangkap di rumahnya di Lahore dan dibawa ke penjara berhampiran Islamabad.

Pasukan undang-undang Khan telah memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan bersalah.

Khan, 70, berada di tengah-tengah pergolakan politik sejak digulingkan sebagai perdana menteri dalam undi tidak percaya tahun lalu, menimbulkan kebimbangan mengenai kestabilan Pakistan ketika ia bergelut dengan krisis ekonomi.- REUTERS


(Pegawai polis berkawal di jalan untuk menyuraikan sebarang perhimpunan membantah,
berikutan penahanan 
Imran Khan, di Peshawar, Pakistan/ REUTERS)

Media Baharu