fb fb fb fb fb

Bandar paling sejuk di Rusia dilanda asap akibat kebakaran hutan

RUSIA, 9 Ogos - Asap dari kebakaran hutan di Rusia menyelubungi kota Yakutsk, memaksa orang ramai menutup pintu dan tingkap dan memakai topeng pernafasan.

Menurut perkhidmatan perhutanan Rusia, tujuh wilayah di Rusia diisytiharkan darurat akibat kebakaran itu.

Kira-kira 4,000 orang terlibat dalam usaha mengawal kebakaran.

Kawasan yang paling teruk terjejas ialah wilayah Yakutia, juga dipanggil Republik Sakha, diikuti wilayah Khabarovsk, Amur dan Krasnoyarsk.

Timbalan Menteri Ekologi dan Perhutanan Yakutia, Andrei Konoplyov memberitahu Reuters,
terdapat 111 kebakaran hutan di wilayahnya sahaja yang meliputi 1,800 km persegi (695 batu persegi).

Penduduk Yakutsk, Lyubov Kolesova, berkata dia biasanya akan membuka tingkapnya untuk menghirup udara segar.

"Tetapi sekarang, kerana asap, kami tidak boleh membuka tingkap di rumah atau di dalam kereta. Hanya orang yang mempunyai penghawa dingin dan kipas sahaja yang terhindar. Ia sebenarnya lebih mudah di jalanan kerana hari ini berangin. Tetapi apabila anda tinggal di satu tempat atau di rumah, ia tidak begitu selesa." katanya.

Rusia merupakan lebih daripada satu perlima daripada hutan dunia, yang penting kepada pengawalseliaan iklim global.

Hutan borealnya atau "taiga" - kebanyakannya pokok birch, pain, spruce dan cemara adalah kawasan hutan terbesar di dunia, meliputi kawasan kira-kira empat kali ganda saiz India. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu