fb fb fb fb fb

Mahkamah Pakistan larang penahanan bekas PM Nawaz Sharif

(FOTO AFP)

ISLAMABAD, 20 Oktober - Pihak berkuasa Pakistan tidak dibenar menangkap bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif sekembalinya dia ke negara itu, esok.

Keputusan dibuat Mahkamah Tinggi, ketika republik itu bakal melaksana Pilihan Raya.

Peguam, Azam Nazeer Tarar berkata Sharif telah diberikan jaminan perlindungan, di mana pihak berkuasa tidak boleh menangkapnya sehingga dia sendiri hadir ke Mahkamah pada 24 Oktober ini untuk mendapatkan lanjutan jaminan sementaranya.

rtm
(FOTO REUTERS)

Tarar berkata Sharif akan membuat rayuan terhadap sabitan kesalahannya yang tertangguh dengan harapan dapat membatalkannya dan berkempen untuk Pilihan Raya umum.

Sekembalinya Sharif pada Sabtu, dia akan berucap pada perhimpunan di kubu kuat lamanya di Lahore, kata Tarar.

“Ia adalah hak perlembagaan setiap orang untuk bebas melakukan aktiviti politik,” kata Tarar.

Parti yang diwakili Sharif berkata beliau ingin bertanding pada Pilihan Raya Umum namun bergantung kepada keputusan Mahkamah.

Sharif, bekas Perdana Menteri sebanyak tiga kali dibebaskan dari penjara pada 2019 untuk mendapatkan rawatan perubatan di London selama enam minggu.

Namun dia memilih untuk tidak kembali bagi melengkapkan baki tempoh hukumannya.

Sharif, disingkirkan ketika penggal ketiga pemerintahannya pada 2017 dan dipenjarakan selama tujuh tahun atas pelbagai pertuduhan rasuah setahun kemudian.-REUTERS

Media Baharu