fb fb fb fb fb

Mahkamah Iran batal hukuman gantung terhadap penunjuk perasaan

(FOTO twitter.com/AmnestyIran)

TEHRAN, 26 Julai -Mahkamah Agung Iran hari ini telah membatalkan hukuman gantung kepada seorang lelaki berusia 23 tahun yang dituduh terlibat dalam pembunuhan anggota polis ketika protes yang berlaku di seluruh negara tahun lalu.

Lelaki berkenaan, Mohammad Ghobadlou dijatuhi hukuman mati selepas mahkamah mendapati dia bersalah menyerang pegawai polis dan mengakibatkan kematian salah seorang daripada anggota polis berkenaan.

"Mahkamah Agung membatalkan hukuman mati terhadap Ghobadlou dan merujuk kesnya kepada sistem kehakiman bagi menangani isu berkaitan kesihatan mental yang dihadapinya", lapor agensi berita Iran Mehr, memetik kenyataan daripada pasukan pembelanya.

Sebelum ini, keluarga Ghobadlou telah merayu bagi mendapatkan pengampunan daripada mahkamah dengan alasan lelaki itu mengalami gangguan bipolar.

Iran sebelum ini dilaporkan telah melaksanakan tujuh hukuman mati susulan protes yang dicetuskan oleh kematian wanita Iran-Kurdish Mahsa Amini pada September ketika dalam tahanan polis.

Hukuman tersebut telah mencetuskan kecaman daripada antarabangsa.

Puluhan pegawai polis adalah antara ratusan orang yang terbunuh semasa protes Amini, yang dilabelkan Tehran sebagai rusuhan yang sengaja dicetuskan oleh kuasa asing.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu