PARIS, 10 Julai- Tetamu kehormat pada Sambutan Hari Bastille Perancis dihadiri Perdana Menteri India Narendra Modi.
Modi akan menjamu selera bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron di muzium Louvre pada Jumaat, kata pejabat Macron.
Lebih 200 tetamu akan menyertai kedua-dua pemimpin itu pada cuti kebangsaan Perancis sebagai penghormatan kepada Modi di muzium terbesar di dunia, dan akan dipaparkan tontonan istimewa beberapa karya ikonik.
Modi, yang tiba pada Khamis untuk lawatan kelimanya ke Perancis, akan bertemu dengan Macron sebelum melawat artis India yang menyertai festival Namaste France tahun ini, acara yang menonjolkan hubungan budaya antara kedua-dua negara.
Pada Jumaat beliau akan menghadiri perarakan tentera tradisional Hari Bastille, yang akan menampilkan kontinjen India selain mengadakan lebih banyak perbincangan dengan Macron, dan menghadiri forum pemimpin perniagaan.
Perancis dan India, merupakan rakan perkongsian strategik sejak 25 tahun lalu sedang dalam rundingan perjanjian perniagaan dalam beberapa bidang, termasuk pertahanan dan tenaga.
Bagaimanapun, menurut sumber kerajaan Perancis ia mungkin tidak dimuktamadkan dalam masa lawatan tersebut.- AFP
(Emmanuel Macron/AFP)