fb fb fb fb fb

Sepanyol berdepan gelombang panas baharu

MADRID, 10 Julai- Suhu meningkat di seluruh Sepanyol pada Isnin dan dijangka mencecah 44 darjah Celsius di selatan negara itu.

Bagaimanapun negara itu bersiap sedia untuk gelombang haba kedua dalam tempoh dua minggu.

Agensi cuaca AEMET berkata, haba itu disebabkan oleh udara panas yang tiba dari Afrika Utara, menunjukkan ia akan bertahan sehingga sekurang-kurangnya sehingga Rabu. Wilayah selatan Andalusia dijangka paling teruk terjejas.

"Suhu panas akan meningkat pada Isnin dan Selasa di kebanyakan semenanjung serta kepulauan Balearic, dengan suhu antara 38 darjah Celcius dan 40 darjah Celcius di kebanyakan negara dan 42 darjah Celcius dan 44 darjah Celcius di bahagian Andalusia dan (wilayah timur laut ) Aragon," kata jurucakap AEMET, Ruben del Campo.

Gelombang panas pertama Sepanyol bermula dua minggu lalu iaitu pada 26 Jun dengan merekodkan suhu melebihi 44 darjah Celcius di bahagian Andalusia. Bahang panas itu telah meragut beberapa nyawa.

Tahun lepas, Sepanyol mengalami musim terpanas dalam rekod sejak 1916. Menurut laporan dari Institut Statistik Nasional (INE), suhu meningkat secara langsung menyebabkan lebih 350 kematian akibat strok haba dan dehidrasi.

Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia, Eropah ialah benua paling cepat panas di dunia. Manakala pakar mengatakan Sepanyol berkemungkinan menjadi salah satu negara yang paling teruk dilanda perubahan iklim.

Walaupun negara itu telah terbiasa dengan suhu panas melamapau terutamanya di bahagian selatan, Sepanyol telah mengalami peningkatan gelombang haba yang lebih panas dan lama selain kurang menerima hujan.- AFP

(Perhentian bas dengan termometer menunjukkan 41 darjah Celsius di Madrid/AFP)

Media Baharu