BRASILIA, 19 Julai – Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan kesediaannya untuk bertanding semula dalam pilihan raya umum 2026 sekiranya tahap kesihatannya kekal baik dan masih mempunyai motivasi.
Dalam ucapannya pada Jumaat, Lula, 78, berkata beliau hanya akan membuat keputusan muktamad tahun depan selepas “bercakap dengan hati nurani sendiri”, sambil menegaskan beliau tidak akan membenarkan segelintir orang gila kembali berkuasa.
"Saya hanya akan buat keputusan untuk bertanding tahun depan, bila saya bercakap dengan hati saya dan bercakap dengan kalian.
"Saya nak bagitahu, jangan risau. Jika saya sihat dan bertenaga seperti hari ini, boleh yakin saya akan jadi calon semula untuk menang pilihan raya," katanya di hadapan penyokong yang bersorak menyambut pengumuman itu.
Kenyataan Lula dibuat beberapa jam selepas pihak Polis Persekutuan Brazil menyerbu kediaman dan ibu pejabat parti bekas Presiden Jair Bolsonaro dan mengarahkannya memakai alat pemantau buku lali.
Brazil dijadualkan mengadakan pilihan raya umum akan datang pada 2026.-REUTERS