fb fb fb fb fb

Lula mahu Brazil jadi peneraju tenaga, mineral sebagai aset strategik

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva/Reuters

BRASILIA, 7 Ogos- Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva merancang dasar baharu menjadikan mineral strategik sebagai isu kedaulatan negara, bagi mengelak eksport bahan mentah tanpa nilai tambah tempatan.

"Apa yang kami inginkan jelas, kami tidak akan ulang kesilapan lalu apabila Brazil mengeksport mineral mentah dan kemudian membeli semula produk dengan nilai tambah yang tinggi. Kami mahu proses nilai tambah itu dilakukan di dalam negara.

Justeru, saya mahu Brazil muncul sebagai peneraju global dalam peralihan tenaga, kerana hanya segelintir negara di dunia memiliki peluang seperti yang dimiliki Brazil dalam transformasi ini," kata Lula dalam sidang media bersama Reuters.

Langkah itu diumum ketika AS mengenakan tarif 50 peratus ke atas import Brazil susulan siasatan terhadap bekas Presiden Jair Bolsonaro yang kini dalam tahanan rumah atas tuduhan merancang rampasan kuasa.

Bagaimanapun, Bolsonaro menafikan dakwaan tersebut.

Presiden AS, Donald Trump menyelar siasatan itu sebagai penganiayaan politik sambil terus menekankan keperluan bekalan mineral kritikal kepada AS.

Lula turut umum penubuhan Majlis Kebangsaan Bahan dan Piawaian Mineral untuk pemetaan dan kawal selia kekayaan mineral negara, sebagai langkah ke arah peralihan tenaga global. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM