fb fb fb fb fb

Lubnan bakal musnah seperti Gaza

Israel lontar amaran serangan berterusan ke atas Lubnan. Foto AFP

BAITULMAQDIS, 9 Oktober - Ego Israel semakin memuncak dengan melemparkan amaran tindakan ketenteraannya terhadap Lubnan menyaksikan negara itu berdepan kemusnahan seperti di Gaza.

Amaran itu disuarakan Perdana Menterinya ketika anggota tentera rejim haram itu mempergiat serangan daratnya terhadap Hezbollah di bahagian selatan pantai Lubnan.

Menerusi satu video, Benjamin Netanyahu dengan angkuh memberitahu, rakyat Lubnan mampu diselamatkan sekiranya negara itu bebas daripada Hezbollah.

Menurutnya, jika gagal berbuat demikian Lubnan akan bergelut dengan perang berlarutan hingga menderita seperti penduduk Gaza.

Ketika ini, tentera rejim meningkatkan tindakan mereka menggesa orang awam di kawasan pantai Lubnan berpindah.

Israel memperluas operasinya terhadap Hezbollah sejak kumpulan itu menyokong tindakan Hamas ke atas rejim pada 7 Oktober 2023.

Trainee2