fb fb fb fb fb

Lubang jerlus di Guatemala, 3 cedera, 2 masih hilang

Foto Reuters

GUATEMALA, 27 September- Sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan hilang dan tiga lagi cedera apabila dua lubang jerlus gergasi 'muncul' di ibu negara Guatemala.

Tiga yang cedera itu terjatuh ke dalam lubang jerlus sedalam 15 meter bersama kenderaan mereka.


(Agensi bantuan bencana kebangsaan Guatemala, CONRED melakukan
siasatan di kawasan sekitar lubang jerlus itu / Foto Reuters)

Mereka diselamatkan oleh pasukan kecemasan beberapa jam kemudian.

Pasukan penyelamat dan anggota tentera Guatemala memasuki lubang jerlus itu bagi mencari dua lagi yang hilang.

Lubang jerlus itu muncul di sebuah jalan di bandar Vila Nueva, kira-kira 20 kilometer di selatan Guatemala.

Agensi bantuan bencana kebangsaan Guatemala, CONRED melakukan siasatan di kawasan sekitar lubang jerlus itu bagi menilai risiko kepada penduduk.

Lubang jerlus sering berlaku di Guatemala dan muncul tanpa sebarang amaran.

Pada tahun 2001, lubang jerlus yang besar telah menelan rumah-rumah dan sebuah trak serta menyebabkan tiga penduduk terbunuh.

Pada 2010, sebuah bangunan tiga tingkat hilang ditelan satu lagi lubang jerlus. -REUTERS

Media Baharu