fb fb fb fb fb

Loji rawatan air sisa henti tugas, 700,000 hadapi krisis kesihatan di Gaza

FOTO AFP

WILAYAH PALESTIN, 17 Julai- Lebih 700,000 ribu penduduk yang mencari perlindungan di Deir al-Balah berdepan krisis kesihatan dan alam sekitar.

Ia berikutan loji rawatan air sisa di salah satu bandar utama di Gaza itu, berhenti berfungsi susulan kehabisan bekalan bahan api.

Ia sekali gus mengundang kebimbangan penyakit berjangkit merebak dengan cepat.

Pegawai Jawatankuasa Kecemasan Deir al-Balah, Ismail Sarsour ketika mengeluarkan amaran itu berkata loji tersebut mengendalikan air sisa untuk lebih 140 tempat perlindungan yang menempatkan puluhan ribu penduduk.

Pemberhentian tugas loji itu akan mengakibatkan jalan raya di bandar berkenaan, dibanjiri sisa buangan.

Jabatan air Pihak Berkuasa Palestin, PWA, sebelum ini memaklumkan telah mengatur puluhan ribu liter bahan api untuk memasuki Gaza.

Bagaimanapun, pakar berpendapat usaha tersebut tidak akan membantu krisis air yang semakin serius berikutan kekurangan alat ganti untuk membaiki infrastruktur yang musnah.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI