SEPANYOL, 13 Julai - Lima pelari cedera dalam acara perlumbaan larian lembu jantan Festival San Fermin di bandar utara Pamplona, kata perkhidmatan kecemasan.
Seorang daripada mangsa mengalami kecederaan akibat tertusuk di kaki.
Beribu-ribu pelancong dari seluruh dunia akan hadir ke festival itu bagi menyaksikan sendiri acara lumba itu.
Acara bermula dari 8.00 pagi di mana sekumpulan lembu jantan berlari melalui jalan-jalan berbatu yang sempit di bandar itu dan telah menyebabkan 16 kematian sejak tahun 1911.
Acara selama seminggu itu bermula 7 Julai lalu.- REUTERS
(FOTO REUTERS)