fb fb fb fb fb

Wanita didakwa dirogol beramai-ramai tujuh pegawai penjara Hong Kong ditahan

HONG KONG, 13 Julai - Tujuh pegawai penjara Hong Kong ditahan dan digantung kerja selepas media tempatan melaporkan kesemua pegawai melakukan serangan seksual dan merogol seorang wanita secara beramai-ramai selepas pesta hujung minggu.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Penjara melalui kenyataan e-mel, tujuh pegawai tersebut berusia dalam 20 tahun hingga 30-an, telah digantung tugas dan sebarang pelanggaran undang-undang tidak akan diterima.

Pada 9 Julai lalu, polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berusia 31 tahun mendakwa dirinya telah dirogol.

Mangsa berkata, dia dijemput ke sebuah parti di kompleks pangsapuri di daerah Tsim Sha Tsui yang mana parti itu turut dihadiri tujuh pegawai penjara penjara.

Menurut akhbar, South China Morning Post, tiga pegawai lelaki itu dipercayai merogol mangsa di pangsapuri tersebut manakala empat lagi beronani ketika melihat kejadian di tepi katil.

Menurut akhbar itu lagi, mangsa memberitahu polis bahawa dia dalam keadaan mabuk dan pengsan sebelum dirogol.

Selepas sedarkan diri pada keesokan paginya dengan keadaan bersendirian dan berbogel dalam flat itu, mangsa melaporkan kes itu kepada pihak polis, kata akhbar itu.

Reuters cuba mendapatkan maklum balas daripada polis namun tidak berjaya. - REUTERS

Media Baharu