(FOTO REUTERS)
PERANCIS, 13 Julai - Google mengumumkan, 50 lagi negara disediakan AI chatbot Bard termasuk semua 27 negara Kesatuan Eropah (EU) dan Brazil.
Langkah itu sebagai memperluaskan akses kepada jawapannya kepada ChatGPT yang disokong Microsoft.
Bard dilancarkan pada Februari lalu, bagaimanapun pengeluarannya di EU ditangguhkan kerana blok itu merancang untuk mengawal selia kecerdasan buatan ketika timbulnya kebimbangan tentang risiko berkaitan teknologi yang kian berkembang pesat.
Google bersaing dengan pesaingnya, Microsoft untuk menyepadukan kuasa seperti ChatGPT dalam pelbagai produknya, termasuk enjin carian Bing.
Kebanyakan dunia kini menggunakan perkhidmatan memandangkan ia mesra pengguna dan mudah digunakan, kata ketua produk Bard Jack Krawczyk dan naib presiden Amarnag Subramanya dalam blog.
"Sebagai sebahagian daripada pendekatan berani dan bertanggungjawab kami terhadap AI, kami telah terlibat secara proaktif dengan pakar, penggubal dasar dan pengawal selia privasi mengenai pengembangan ini," kata mereka.
(FOTO AFP)
Syarikat itu menerima maklum balas pengguna dan mengambil langkah untuk melindungi privasi dan data orang ramai.
Alat AI kini boleh digunakan lebih 40 bahasa termasuk Arab, Cina, Jerman, Hindi dan Sepanyol.
Sebelum ini ia hanya disediakan dalam tiga bahasa, iaitu Inggeris, Jepun dan Korea.
Google turut mengumumkan ciri baharu, termasuk menerima respons audio daripada Bard atau jawapan dalam lima cara berbeza: ringkas, panjang, pendek, profesional atau kasual.
Satu lagi ciri baharu membolehkan pengguna memuat naik foto yang boleh dianalisis menerusi Bard untuk mendapatkan maklumat. - AFP