fb fb fb fb fb

Kevin Spacey beri keterangan berhubung kes salah laku seksual

LONDON, 13 Julai - Pelakon dan pemenang Oscar, Kevin Spacey tiba di Mahkamah Mahkota Southwark, untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes salah laku seksual terhadap empat lelaki.

Bintang Hollywood berusia 63 tahun itu menafikan 12 pertuduhan, termasuk serangan seksual dan berkelakuan tidak senonoh, ketika berumur antara 20 dan 30 tahun di Britain antara tahun 2001 dan 2013.

Jika disabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Spacey terkenal kerana membintangi House of Cards, American Beauty dan The Usual Suspects dan merupakan pengarah artistik di teater The Old Vic di London antara 2004 dan 2015.- REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu