(Seekor anjing dibawa bersama ketika berpindah ke kem sementara/FOTO REUTERS)
NEW DELHI, 13 Julai - Ratusan penduduk di New Delhi, India terpaksa dipindahkan susulan hujan lebat berterusan yang mengundang risiko banjir apabila paras air sungai telah meningkat.
Buat masa ini, Sungai Yamuna meningkat melebihi paras bahaya iaitu merupakan paras tertinggi dalam tempoh 45 tahun dan akan menenggelamkan beberapa kawasan.
Penduduk yang tinggal bersebelahan sungai Yamuna mengalihkan barangan mereka dan berpindah ke 2,500 kem penempatan sementara yang didirikan sekitar bandar tersebut.
Mereka yang tinggal di tebing sungai mengharungi laluan banjir untuk mencapai puncak jambatan ketika paras air meningkat.
Jabatan Meteorologi India (IMD) berkata, kawasan berhampiran New Delhi merekodkan hujan musim tengkujuh dengan Punjab dan Himachal Pradesh masing-masing 100 dan 70 peratus lebih banyak hujan daripada purata.
Sekurang-kurangnya 88 orang maut di Himachal Pradesh sejak hujan bermula pada 24 Jun lalu. - REUTERS
(Penduduk membawa barang-barang mereka dengan menaiki beca di New Delhi/FOTO REUTERS)
BERITA BERKAITAN:
10 rakyat Malaysia di India selamat dijangka tiba di New Delhi hari ini
Pelancong terkandas di India disebabkan banjir besar
Banjir kilat di India, banyak kemudahan terjejas
Sekurang-kurangnya 29 terbunuh dalam banjir di India