JAKARTA, 13 Julai - Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Australia menyatakan komitmen untuk mengukuhkan keamanan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik semasa persidangan tahunan blok itu.
Menteri Luar Australia, Penny Wong, berkata negaranya akan menyumbang sebanyak AUD775 juta kepada Asia Tenggara dan Timor Leste tahun ini bagi mempromosikan pembangunan rantau itu.
Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN berlangsung di Jakarta, Indonesia bermuka 9 hingga 14 Julai turut disertai China dan Rusia.
ASEAN juga akan mengadakan Sidang Kemuncak Asia Timur dan Forum Serantau ASEAN pada Jumaat yang dijadual turut serta ialah, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken dan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov. - REUTERS
(FOTO REUTERS)