fb fb fb fb fb

4 anggota polis, 2 orang awam maut dalam serangan letupan di Mexico

MEXICO CITY, 13 Julai - Empat anggota polis dan dua orang awam mati dibunuh dalam serangan letupan yang berlaku pada malam Selasa.

Dalam kejadian itu juga, puluhan lagi cedera dan kejadian seumpama itu disifatkan belum pernah berlaku di Jalisco Mexico, kata gabenor negeri itu.

Dalam ciapannya di Twitter, Gabenor Enrique Alfaro berkata,
"Pegawai dan kakitangan polis dari pejabat pendakwa negeri ini telah diserang dengan menggunakan bahan letupan sehingga menyebabkan tiga pegawai terbunuh, " kata Gabenor Enrique Alfaro menerusi ciapan di Twitternya.

Melalui sidang akhbar pada Rabu, Alfaro berkata jumlah kematian semalam telah meningkat kepada enam orang manakala 12 orang lagi cedera dalam serangan letupan yang berlaku di perbandaran Tlajomulco di selatan ibu negeri Guadalajara.

Gabenor berkata, letupan itu berpunca daripada ''perangkap'' yang dipasang oleh pelaku ketika membuat panggilan telefon untuk memaklumkan terdpat mayat manusia tertimbus di tempat kejadian.

"Panggilan ini untuk memperdaya pihak polis untuk ke lokasi kejadian agar mereka boleh diserang dengan alat letupan tersebut," katanya.

Alfaro menyifatkan serangan secara terancang itu 'tindakan keganasan' yang cuba menimbulkan rasa takut dan panik.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador mempertahankan strateginya untuk membanteras jenayah ganas di Mexico diakui dilakukan oleh sebuah kartel dadah yang berpengaruh. - REUTERS


(Pasukan askar berada di lokasi kejadian serangan letupan di Tlajomulco de Zuniga/FOTO REUTERS)

BERITA BERKAITAN:
Wartawan Mexico ditemui mati selepas hilang beberapa hari
16 pegawai polis yang diculik di Mexico, dibebaskan
Kumpulan bersenjata culik 14 lelaki di Mexico
Kumpulan bersenjata culik 14 lelaki di Mexico
Polis Mexico temui 45 beg dengan anggota badan manusia dalam gaung

Media Baharu