fb fb fb fb fb

Hujan lebat, banjir kilat lebih 40,000 penduduk diarah berpindah

BEIJING, 13 Julai - Lebih 40,000 penduduk dipindahkan dari kawasan yang terjejas akibat banjir di wilayah Sichuan di China

Susulan hujan lebat yang sangat luar biasa telah menenggelamkan beberapa kawasan sejak beberapa minggu lalu.

Kejadian bencana itu menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang turut memusnahkan rumah, merosakkan infrastruktur dan mengorbankan beberapa orang nyawa.

Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 40,596 penduduk di 60 daerah di wilayah itu telah dipindahkan

Hujan lebat dan banjir di China yang melanda beberapa bahagian lain turut menimbulkan kebimbangan penduduk ekoran perubahan iklim dunia.

Penyiar CCTV melaporkan taburan hujan di bandar Yaan di Wilayah Sichuan mencecah 300.7 milimeter (11.8 inci) selama 14 jam menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh yang turut memusnahkan rumah penduduk di kawasan itu.

Zhengzhou, ibu kota wilayah Henan, menerusi sistem amaran awal banjir mengeluarkan amaran merah.

Ia merupakan amaran yang tertinggi di dalam sistem empat peringkat sehingga menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh. - REUTERS


(Banjir yang melanda ibu kota wilayah Henan, Zhengzhou pada 2021/FOTO REUTERS)

Media Baharu