AMMAN, 4 November - Lima Menteri Luar negara Arab akan bertemu Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken hari ini untuk membincangkan mengenai perang Israel-Hamas.
Negara terlibat ialah Arab Saudi, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Jordan dan Mesir.
Kementerian Luar Jordan menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pertemuan di Amman itu akan turut disertai wakil Pihak Berkuasa Palestin.
Perbincangan akan tertumpu kepada kesan peningkatan keganasan yang mengancam keselamatan di seluruh rantau berkenaan.-AFP