fb fb fb fb fb

Lima mayat dikeluarkan dari runtuhan di ibu negara Guinea

(FOTO AFP)

CONAKRY, 12 Julai- Lima mayat ditemukan di bawah runtuhan selepas dua bangunan runtuh sehari sebelumnya di ibu negara Guinea, Conakry, kata kerajaan.

Bangunan itu runtuh Isnin lepas sekitar 1700 GMT di pinggir selatan Matoto, kata jurucakap kerajaan dalam satu kenyataan.

"Kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga dan orang tersayang mangsa dan mendoakan agar mereka yang cedera cepat sembuh," katanya.

Menteri Kehakiman telah mengarahkan siasatan kehakiman, katanya.

Pasukan penyelamat telah menemukan empat mayat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan, Togba Isaac Kolie, Ketua Perkhidmatan Perlindungan Awam, memberitahu AFP.

Kemalangan itu berlaku ketika pasukan pembinaan mula menambah tingkat enam kepada bangunan itu, kata seorang pekerja binaan.

"Tragedi Matoto berlaku di tapak bangunan pemaju swasta. Oleh itu, bukan projek pembinaan perumahan awam negeri," menurut kenyataan kerajaan itu.

Bangunan runtuh adalah kejadian yang kerap berlaku di Afrika Barat.

Sogokan oleh pemilik untuk mengetepikan piawaian pembinaan dan pemeriksaan adalah antara punca yang disyaki. -AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu