fb fb fb fb fb

Lebih 4,000 hutan di timur Bolivia terbakar

(Foto REUTERS)

BOLIVIA, 12 Julai- Lebih 4,000 hektar hutan di timur Bolivia terbakar pada hujung minggu lalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, imej dron menunjukkan kepulan asap dari taman negara Otuquis di wilayah Santa Cruz, berhampiran sempadan dengan Brazil dan Paraguay.

"Taman negara turut terjejas dengan kebakaran itu.

"Pihak bomba mengalami kesukaran dalam operasi pemadaman.

"Namun, pihak bomba giat meneruskan usaha pemadaman terutama menerusi darat dan udara," katanya menerusi kenyataan.

Difahamkan, kebakaran itu yang pada mulanya untuk membersihkan kawasan pertanian, namun api merebak secara tidak terkawal.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu