fb fb fb fb fb

Kerajaan Perancis bayar bonus, galak penduduk baiki pakaian

(Foto REUTERS)

PARIS, 12 Julai- Kerajaan Perancis akan membayar bonus, menggalakkan orang ramai membaiki pakaian dan kasut mereka daripada membuangnya, bermula Oktober ini.

Setiausaha Negara bagi Ekologi, Berangere Couillard berkata ia bertujuan mengurangkan 700,000 tan pakaian yang dibuang oleh penduduk Perancis setiap tahun.

"Dua pertiga daripada pakaian itu kebiasaannya berakhir di tapak pelupusan sampah.

"Semua bengkel jahitan dan pembuat kasut disaran menyertai organisasi eko-Refashion.

"Di bawah skim itu, pelanggan boleh menuntut 7 Euro (AS$7.7) untuk membaiki tumit dan 10 hingga 25 Euro untuk pembaikan pakaian," katanya.

Menurut Couillard, merujuk kepada bengkel jahitan tetapi juga jenama yang menawarkan perkhidmatan pembaikan, sebanyak 3.3 bilion helai pakaian, kasut dan kain diletakkan di pasaran Perancis pada 2022.

Pihaknya mempunyai matlamat menyokong mereka yang melakukan pembaikan.- AFP


(Foto REUTERS)

Media Baharu